Wednesday, September 14, 2011

promo hari raya

teddy bear rebit utk di jual  ..

DOB  - 20.7.2011
umur  - 2 bulan ++

harga - rm150      
             rm    100
                    70
                    2 hinggit


                                         
                      2 posen   








female SOLD













mungkin female

SOLD







male  SOLD

Friday, February 25, 2011

sambung ..

Rabbit - Small animals
Sayuran dan Kudapan

Jika anda memilih untuk memasukkan sayuran didalam diet arnab anda, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab anda. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta-merta, cuba beri sayuran dari jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.

Perhatian!: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja. Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah, takkan boleh tukar jadi bugs bunny punya la~

Buah-buahan adalah kudapan yang paling sihat. Kudapan haruslah diberi dalam jumlah yang kecil dan minima, tidak lebih dari 1-2 sudu teh/sehari (sepotong sekali seminggu).

JANGAN beri kudapan yang terlalu tinggi protin, karbohidrat dan lemak seperti biskut, sirial(koko crunch, cornflake dll), roti dan gandum seperti cikedis dan pasta. Coklat amat berbahaya dan beracun kepada arnab.

Seperti diketahui, jerami alfalfa amat digemari oleh arnab, boleh diberi sebagai kudapan sekali-sekala untuk arnab-arnab otai dan tua.

Thursday, February 24, 2011

sambung....

    



Arnab Dewasa Matang. (1 tahun hingga 6 tahun)

  • Tiada had pemberian jerami.
  • 1/8 ke 1/4 cawan pallet bagi setiap 2.3kg berat badan
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Otai (selepas 6 tahun)

  • Teruskan diet arnab dewasa matang jika arnab anda tidak mempunyai masalah penurunan berat badan.
  • Tingkatkan kadar pemberian pallet jika masalah tersebut berlaku.
  • Jerami alfalfa boleh diberi kepada arnab yang mengalami penurunan berat badan, tetapi dengan hanya jika kadar kalsium adalah normal.

Jerami (Hay)

  • Jerami adalah komponen penting didalam diet seseekor arnab. Seharusnya jerami perlu ada selalu untuk arnab, seboleh-bolehnya 24/7.
  • Jerami membekal serat/bahan kasar untuk membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan baik dan berkesan dari menghalang rintangan/masalah usus.
  • Gigi arnab tidak berhenti pertumbuhannya. Mengunyah jerami dapat membantu gigi tumbuh ditahap kepanjangan yang sesuai dan baik.
  • Variasi dan kepelbagaian jenis jerami memberikan kepelbagaian pergerakan mengunyah. Untuk itu, jika boleh, beri arnab anda variasi jerami untuk tumbesaran gigi yang sempurna.

Pallet

  • Pallet yang baik mestilah mengandungi kandungan protin yang rendah(14%-16%), tinggi kandungan serat(min: 20%), lemat dan kalsium seharusnya lebih kurang dalam lingkungan 1%.
  • Elakkan pallet yang mengandungi kekacang, biji benih/bijirin didalam kandungannya, ini membuatkan arnab anda montel. Kandungan lemak yang tinggi.



bersambung....

    Tuesday, February 22, 2011

    diet asas rebit

    Fluffy Rabbit image



    Bibit Arnab (sehingga umur 6 bulan)

    • Dari lahir hingga 3 minggu - susu ibu.
    • Selepas 3 minggu - susu ibu, perkenalkan Jerami alfalfa dan pallet secara beransur-ansur(kandungan kalsium yang tinggi didalam Jerami alfalfa membantu dalam tumbesaran tulang)
    • Selepas 4 minggu - susu ibu, tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
    • 8 minggu hingga 6 bulan - tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
    • 12 minggu dan ke atas - perkenalkan sayuran, pantau perkembangan arnab anda, pemberian dimulakan dengan satu jenis sayuran/tumbuhan hijau pada satu-satu masa. Jika terdapat perubahan di atas najis(menjadi lembik/cair) berhenti beri atau cuba beri sayuran yg berlainan jenis)

    Remaja Arnab (6 bulan hingga 1 tahun)

    • Perkenalkan Jerami timothy atau Jerami yang lain (oat, 'brome', orchard, napier, decumbens, guetamala)
    • Kurangkan pemberian Jerami alfalfa, sehingga pemberian total kepada Jerami timothy. Jerami alfalfa mengandungi kandungan kalsium dan protin yang tinggi, tetapi kurang kandungan fiber, tidak sesuai untuk arnab meningkat dewasa, kecuali arnab anda kurang berat badan, sedang sembuh dari pembedahan, bunting atau menyusukan anak)
    • Kurangkan pemberian pallet dari 1/8 cawan ke 1/4 cawan bagi 2.3kg/5lbs berat badan (1 cawan = 250ml)
    • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
    • Kudapan.(pilihan)


    Perhatian: Segala perubahan diet keatas arnab haruslah dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan gangguan masalah sistem penghadaman, contohnya apabila ingin menukar jenama sesuatu pallet, campurkan pallet yang lama dengan jenama yang baru dan teruskan dengan mengurangkan jumlah pallet yang lama dan menambah jumlah pallet yang baru selama tempoh untuk satu minggu.


    bersambung....

    Friday, February 18, 2011

    teddy bear rebit



    rebit ni bukan aku punya..aku copy sajok     




    [IMG_2380.JPG]

    jadikan arnab pet kesanyangan anda


    Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
    -Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
    -Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
    - Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.

    - Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
    - Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”

    - Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
    -Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.

    -Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
    - Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
    - Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.

    - Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
    - Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.

    - Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
    - Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.

    - Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
    -Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain

    Lionhead Rabbit


    Thrianta Rabbit



    Holland Lop Rabbit



    American Giant Chincilla Rabbit


    New zealand white Rabbit



    Californian Rabbit






    Carolina Rabbit



    Giant Angora Rabbit



    Dwarf Rabbit



    Dutch Rabbit



    French Lop Rabbit




    Angora Rabbit




    Rex Rabbit



    Giant Bouscat Rabbit




    Satin Rabbit




    Mini Lop Rabbit