Friday, February 25, 2011

sambung ..

Rabbit - Small animals
Sayuran dan Kudapan

Jika anda memilih untuk memasukkan sayuran didalam diet arnab anda, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab anda. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta-merta, cuba beri sayuran dari jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.

Perhatian!: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja. Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah, takkan boleh tukar jadi bugs bunny punya la~

Buah-buahan adalah kudapan yang paling sihat. Kudapan haruslah diberi dalam jumlah yang kecil dan minima, tidak lebih dari 1-2 sudu teh/sehari (sepotong sekali seminggu).

JANGAN beri kudapan yang terlalu tinggi protin, karbohidrat dan lemak seperti biskut, sirial(koko crunch, cornflake dll), roti dan gandum seperti cikedis dan pasta. Coklat amat berbahaya dan beracun kepada arnab.

Seperti diketahui, jerami alfalfa amat digemari oleh arnab, boleh diberi sebagai kudapan sekali-sekala untuk arnab-arnab otai dan tua.

No comments:

Post a Comment